Ahad, 8 Ogos 2010

JANGAN GENTAR UNTUK MELANGKAH KAKI


 
"JANGAN GENTAR UNTUK MELANGKAH KAKI
KE HADAPAN WALAUPUN SUDAH JATUH
BERKALI-KALI.

JANGAN CUBA MELANGKAH KAKI KE BELAKANG SEKALI PUN ANDA CUBA MERANGKAK. "
 
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal apabila kita mudah mengaku kalah dan mudah pula berputus asa.  Ramai orang cepat berputus asa dan mengaku kalah.

Sekali cuba, gagal. Dia cuba kali kedua, tetapi gagal juga. Cuba kali ketiga, gagal lagi. Dia mula meragui kemampuannya yang sebenar. Dia pun mula berputus asa.

Jangan mudah berputus asa. Jika anda mencuba dan berusaha untuk kali keempat, atau kelima, sudah pasti lambat laun anda akan berjaya juga. Berilah sedikit lagi usaha tembahan, pasti anda akan berjaya!

Jangan mudah mengaku kalah! Kekalahan bukan suatu muktamad. Anda masih ada peluang lagi, asalkan anda bersabar dan terus berusaha. Cuba Lagi. Dan cuba lagi ..... Dan cuba lagi .... Sehingga anda BERJAYA!



Fikir-fikirkanlah …



Tiada ulasan:

Catat Ulasan