“JATUH” adalah suatu pengalaman. Ia BUKAN suatu kegagalan.
Jangan mudah berputus asa, jika sekali sekala anda berhadapan dengan kegagalan. Jangan biarkan ia meracun dan melemahkan semangat anda. Tidak ada seorang pun di antara kita yang sempurna dan betul pada setiap masa. Setiap kesulitan, rintangan dan kegagalan yang anda hadapi itu akan mencabar dan menguji kesabaran serta ketabahan hati anda.
Sebenarnya, kegagalan itu adalah satu peristiwa yang melatih ketabahan hati anda dan ia satu cabaran untuk membuktikan yang anda sanggup berjuang untuk mencapai cita-cita anda. Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi dia pernah jatuh, bangun kembali, jatuh lagi, dan bangun kembali … sehingga dia pasti mencapai kejayaan!
Pujangga Prof. Dr. Hamka pernah berkata: “Jangan takut menghadapi kegagalan, kerana dengan kegagalan kita beroleh pengalaman tentang kelemahan dan kekuatan diri kita sendiri. Yang ditakuti ilah gagal dua kali dalam perkara yang sama.”
Jangan salahkan orang lain. Jangan rendahkan kemampuan diri anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahuan yang kuat untuk memperbaiki kesalahan yang telah anda lakukan.
Semua hasil ciptaan yang wujud hari ini adalah hasil daripada kecekalan dan ketabahan hati orang yang tidak tahu erti kegagalan. Tidak ada orang yang gagal jika dia berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Fikir-fikirkanlah …
Tiada ulasan:
Catat Ulasan