“BODOH TAK DENGAR KATA,
CERDIK TAK BOLEH IKUT.”
- Bidalan Melayu
Jangan fikir dek kerana kita mempunyai ijazah universiti, berpangkat tinggi, atau mempunyai pengalaman lebih sedikit daripada orang lain, kita tidak perlu meminta atau mendengar nasihat orang lain.
Jangan anggap seorang pekerja buruh itu tidak ada idea atau pendapat yang bernas atau praktikal. Setiap manusia, tak kira pangkat atau bangsa, masing-masing ada kepakaran atau pengkhususannya yang boleh kita pelajari atau ambil ikhtibar.
Jangan pandang rendah kepada sesiapa sahaja. Setiap manusia di dunia ada keistimewaannya, ada kepandaiannya yang tersendiri, dan ada pengalamannya yang telah dilaluinya lebih awal daripada kita. Oleh itu, mintalah atau belajarlah daripada mereka yang telah pun melalui jalan yang bakal kita tempuhi atau lalui. Jika kita bersikap tidak mahu dengar nasihat orang, kita adalah manusia yang sombong atau bodoh sombong, kerana tidak mahu ikut nasihat orang.
Fikir-fikirkanlah …
Apabila kita ingat kita dah tau segalanya, maka pintu ilmu tertutup pada kita. Jadilah seperti resmi padi. Semua yang ada di dunia, maupun yang lemah boleh memberi manfaat pada kita. Sila lihat pengajaran dari cerita ini=> http://bit.ly/Win-Win
BalasPadam